Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Persahabatan dasarnya adalah kejujuran cinta dan damainya kasih. Bila cinta itu kerana Allah Taala maka pahalanya sangat besar. Rasulullah SAW bersabda – “Allah Taala berfirman, ‘Pasti mendapat cinta-Ku orang-orang yang saling cinta kerana-Ku, orang-orang yang duduk bersama kerana-Ku, orang-orang yang saling mengunjungi kerana Ku dan orang-orang yang saling memberi kerana Ku.” (HR Malik,Imam Ahmad,Ibnu Hibban,Hakim)

Rasulullah SAW bersabda – “Barangsiapa yang ingin merasakan manisnya iman maka hendaklah dia mencintai,tidak mencintai kecuali kerna Allah” (Hadis Sohih Imam Ahmad dan Hakim)
Apabila seseorang manusia mencintai seorang manusia,suka kepadanya dan berteman dengannya kerana dia mencintai Allah Taala dan taat kepadanya, maka itulah CINTA KERNA ALLAH.
Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya kerana dia membantunya dalam menjalankan ajaran agama dan menolongnya untuk taat kepada Allah Taala, maka dia telah mencintai kerana Allah.
Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya kerana dia membantunya dalam mendapatkan dunia yang dengan itu dia berusaha mendapat akhirat, , maka dia telah mencintai kerana Allah.
Apabila seorang manusia mencintai seorang manusia dan berteman dengannya sebab dia merasakan perasaannya condong kepadanya dan jiwanya senang terhadapnya, atau kerana dia membantu dalam urusan dunia juga dalam perkara kehidupan lain nya yang membuatnya senang, maka itu adalah cinta biasa,bukan termasuk cinta kerana Allah. Itu adalah persahabatan yg timbul kerana perasaan jiwa semata. Akan tetapi cinta dan persahabatan seperti itu adalah sesuatu yang dibolehkan dan mungkin ada kebaikan didalamnya Insyaallah.
Allah SWT berfirman, “ Teman2 akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebagian yg lain kecuali orang2 yang bertaqwa” (QS.Az-Zukhruf:67)
Sifat teman yg baik…berkata Hjjatul Islam, “ Apabila kamu ingin berteman dengan seseorang maka perhatikan lima hal pada dirinya: akal(pintar) , Akhlak yang baik, kesolehahn, tidak tamak kepada dunia dan tidak pendusta.
Insyaallah bersambung dgn tajuk yg berkaitan “Jangan berteman kecuali dgn orang2 soleh” , “Hak2 Teman” dan juga “CInta Kerana Allah”
Sabda Rasulullah SAW: Sungguh seorang hamba berbuat dosa, lalu ia memohon pengampunan pada Allah, ampunilah hamba, maka berkatalah Allah padanya: HambaKu, sungguh telah berbuat dosa, namun ia mengetahui ia memiliki Tuhan Yang Maha Memaafkan dan menolongnya, maka kumaafkan hambaKu. (ucapan ini terus diulang2 oleh Rasul SAW” (Shahih Bukhari).

Ya Allah bahagiakan dirinya dgn cinta yg engkau maksudkan itu ya Allah,iaitu cinta kerna MU dengan cinta kepada MU itu yg utama, maka dia juga mencinta hambaMu kerna Mu ya jua Ya Allah…ampunkan dosa2nya kerna mungkin dosa itu tidak disengajakan…kasihanilah dia ya Allah ..sungguh engkau Maha mengasihani dan penyayang….amin

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete